Mimpi Semalam
>> Sunday, November 14, 2010
Pagi ini mata terasa amat berat untuk celik. Seolah-olah ada ketulan batu besar yang menindih kelopak mata dari terangkat. Biasalah permulaan minggu. Setelah dua hari bercuti, badan dimanjakan, kelopak mata dibelai-belai dengan kemewahan masa untuk tidur yang tidak terbatas. Akibatnya, segala pergerakan untuk permulaan hari Isnin lembap. Kalau ikutkan hati, tidurlah yang menjadi keutamaan. Namun, apakan daya, tanggungjawab sebagai pekerja perlu dilunaskan. Pekerja contoh katakan. Ewah!!!.
Semalam aku bermimipi aku diarak sebagai pengantin. Suasana sungguh meriah. Saudara mara, sahabat handai mengelilingiku mengucapkan tahniah. Masih terbayang-bayang di mataku upacara akad nikah. Aku dapat merasakan aku amat tenang ketika menyambut huluran tangan Tok Kadi sambil lidahku lancar melafazkan akad dengan penuh yakin. Hanya sekali lafaz. Harap-harap realitinya akan berlaku seumpama itu. He he...Ketika bersanding aku memakai pakaian pengantin berwarna merah pulasan. Makan di meja pengantin sambil bersuap. Ha ha...indahnya. Seolah-olah ia benar-benar berlaku sehinggalah mimpiku itu musnah dengan gegaran gegendang telingaku yang responsif pada bunyi jam loceng. Ishhh...sangat mengacau. Dan mindaku terus terawang-awang sepanjang perjalananku ke pejabat.
Bercakap tentang perkhawinan, aku masih tersenyum sendirian mengenangkan suatu kisah rakanku yang sekian lama tidak kutemui walaupun tinggal berhampiran. Aku kenalinya melalui tugasan pejabat. Ekoran kerap kali berjumpa dalam mesyuarat, akhirnya persahabatan terjalin. Biar kunamakannya sebagai 'S', agar memudahkan penceritaanku. 'S' seorang yang sangat skema. Bukan aku cakap, tapi ramai orang yang kata. Apabila berurusan dengannya, kuakui dia memang skema. Aku masih ingat, ketika membuat lawatan tapak untuk satu projek kerjasama antara Kementerianku dan Jabatannya. Ketika itu, waktu tengahari. Kami melawat satu kawasan lapang yang rata dan luas. Kami berbincang di tengah panas. Tie dileherku pada mulanya dilonggarkan. Akhirnya ditanggalkan. Lengan bajuku disinsing hampir ke pangkal siku. Peluh mula meleleh-leleh di permukaan dahi. Panas. Namun 'S' selamba saja. Tie masih kejap di lehernya. Lengan bajunya masih terkancing kemas, sambil mengepit fail. Beliau masih berbicara dengan penuh semangat dan protokol. Aku tersenyum sendirian. Kagum, geli hati... He he...Suatu hari aku menghadiri seminar anjuran Jabatannya. Aku meletakkan kenderaanku di sebelah kereta Vios berwarna keemasan. Apabila aku keluar dari kereta, seseorang menyapaku. Rupa-rupanya si 'S' yang menyapaku. Dia pun baru sampai. Kereta Vios itu miliknya. Aku melirik pandang pada kereta miliknya. Aku tersenyum sendirian. Manakan tidak, bahagian dalam keretanya dihiasi dengan bunga-bungaan yang mekar menguntum. Berwarna warni. He he...jarang sekali kutemui lelaki yang jenis macam ini. 'S' bukan seorang yang lembut. Cuma terlalu skema...
Minggu lepas, dia menyapaku ketika aku membuka laman sosial 'Face Book'. Perbualan kami berkisar tentang kerja seterusnya tentang hobi dan akhirnya tentang perkhawinan. Sebenarnya aku cuba mengelak topik perkhawinan sebab aku tahu dia pernah putus tunang. Tunangnya memutuskan perhubungan di saat hampir tibanya hari bahagia mereka. Jadi aku tidak mahu dia terluka mengenangkan kisah silam. Namun dia yang memulakan. Aku layan saja la...Dia bercerita tentang buah hati barunya. Aku cuba menyelongkar kisah pertemuan mereka. Sikap berterus terangnya menceritakan detik-detik pertemuan mereka benar-benar menggeletek hatiku hingga ke hari ini. Satu contoh kes yang sangat klasik dan mungkin tidak akan ditemui lagi dikalangan pasangan kekasih pada hari ini. Aku akan kongsikan kisahnya. He he...
Kisahnya bermula begini (sebagai mana yang diceritakan padaku)....'Suatu hari aku ('S') demam. Jadi aku pun pergi ke HUKM untuk berjumpa doktor. Seterusnya aku menunggu untuk mengambil ubat di kaunter farmasi. Petugas di kaunter farmasi tu sangat comel, macam budak-budak. Aku tergoda melihat wajah 'baby facenya'. Alhamdulillah.. bila tiba giliranku, secara tiba-tiba aku rasa macam sihat. Keyakinanku meningkat. Lalu kunyatakan padanya. 'Ada tak ubat untuk hati dan perasaan?'. Kulihat petugas tersebut pada mulanya agak terkejut, namun cepat-cepat dia menenangkan dirinya. Dengan tenang dia membalas,' ada, tapi harganya saa....ngat mahal'. Lalu kubertanya; 'berapa harganya?'. Petugas tersebut menjawab, 'harganya sebuah kepercayaan dan kesetiaan'. Tergaman aku. Akhirnya kami sama-sama tergelak. Ha ha...aku yang mendengarnya hampir-hampir tergolek kegelian. Ha ha...
Alhamdulillah, mereka telah merancang untuk mendirikan rumahtangga pada tahun hadapan. Aku gembira dengan kebahagiaan mereka. Manusia ini sangat unik. Memang dia seorang yang skema, tetapi sangat baik dan menyenangkan. Insyallah, awal Disember nanti kami merancang untuk menaiki bukit Broga di Semenyih kalau tak silapku. Tujuannya untuk menantikan saat-saat matahari terbit dan seterusnya marakamkan saat indah tersebut. Rupa-rupanya kami berkongsi hobi yang sama; memancing dan mengambil gambar. Ha ha...harap-harapnya silaturrahim kami akan berkekalan...insyallah.
0 comments:
Post a Comment