Salam Perkenalan

>> Saturday, June 27, 2009

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke Hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat jua memiliki blog sendiri yang boleh dikatakan selari dengan citarasa. Untuk itu, terima kasih diucapkan kepada saudaraku kerana membantuku untuk menyiapkan blog ini. Sebenarnya blog ini belum siap sepenuhnya, masih dalam proses penambahbaikan.

Sebelum ini pun sebenarnya dah ada blog, tapi tak berapa menepati citarasa. Akibatnya, memang tak berseleralah nak mula 'posting'. Sebenarnya banyak perkara yang berlaku dalam menyiapkan blog ini. Walaupun nampak 'simple' tapi sebenarnya ia seolah-olah gambaran perjalanan kehidupan dalam mencapai sesuatu yang diinginkan. Tetapi tidak mengapa. Hanya dicatitkan pada pasir di tepian pantai, kunjung ombak padamlah ia. Begitulah diibaratkannya. Jangan sesekali disimpan dalam memori. Bak satu petikan yang kubaca 'Dalam perjalanan hidup ini kita temui terlalu banyak perkara, kadangkala kita tersungkur tak bermaya dan kadangkala kita di persada menuju jaya. Semua ini mencorak kehidupan kita sebagai seorang manusia dan akhirnya kita kembali dengan meninggalkan memori yang akan dikenang oleh seluruh penghuni dunia....'

Sebenarnya, aku tak berapa pandai nak menulis nie. Tapi cuba-cubalah. Aku lebih gemar untuk menulis tentang perjalanan kehidupanku sehari-hari supaya ia mampu untuk menjadi tatapanku suatu hari nanti. Bukannya apa, sebagai kenangan untuk diri sendiri. Dan mungkin juga sebagai kamus yang memuatkan pengalaman untuk kurenungi kembali suatu ketika nanti.

Jadi kepada sesiapa yang mungkin terbaca blog ini, selamat datang. Maaf atas segala kekurangan. Sila beri tunjuk ajar! Salam, permisi.

0 comments:

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP