Rasulullah S.A.W

>> Wednesday, October 13, 2010

Rasulullah S.A.W



Meneliti keperibadian Nabi terakhir yang diutuskan kepada manusia dari segi lahiriah. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.



Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.

  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit. Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.



  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

  • Wajahnya seperti bulan purnama.

  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.

  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

  • Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.

  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut

  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.

  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

  • Rambutnya sedikit ikal.

  • Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.

  • Rambutnya terbelah di tengah.

  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

  • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.
  • Seimbang antara kedua bahunya
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air
  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  • Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
  • Warna putihnya lebih banyak.

  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

  • Warna kulitnya putih tapi sihat.

  • Kulitnya putih lagi bercahaya.

  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

  • Badannya tidak gemuk.
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
  • Perutnya tidak buncit.

  • Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan orang ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.

Read more...

Cerita Ibuku


Alhamdulillah...syukur masih dipanjangkan usia olehNYA untukku terus mengecapi keindahan alam ini. Sudah lama tidak dapat memperbaharui entri. Bila direnung kembali, ramai juga tetamu yang membaca blogku ini. Alhamdulillah. Semoga ada manfaatnya. Terima kasih kerana meninggalkan 'jejak-jejak' anda. Sesungguhnya komen anda amat-amat dihargai.

Sememangnya kebelakangan ini aku amat sibuk. Bayangkan setiap minggu aku akan 'outstation'. Sekurang-kurangnya aku terpaksa bermalam semalaman. Adakalanya, 'outstation'bersambung ke negeri yang lain pula tanpa sempat kumenjengah seketika ke pejabat. Penat?. Memang penat. Namun, kuambil peluang ini untukku merenung kejadian alam yang amat luar biasa indahnya.
Dua minggu yang lalu, aku dikejutkan dengan panggilan dari kakak sulungku berkenaan kesihatan ibu yang kian meruncing. Pada awalnya cuma demam biasa. Namun, berlarutan hingga ke minggu keempat. Batuk-batuk kecil pada awalnya kian mendesah. Puas dipujuk untuk ke klinik mahupun hospital. Semuanya disambut dengan gelengan lesu. Fikiranku berkecamuk. Jiwaku resah. Bimbang sungguh. Air mata mula bertakung di laman pandangan. Kabur. Lalu setitis demi setitis meluncur membasahi sejadah lewat satu pertiga malam. PadaMu ya Allah daku berserah.

Ibu tidak mengalami masalah penyakit yang kronik. Cuma masalah angin dalam badan. Adakalanya perut ibu dipenuhi angin yang menyebabkan ibu tidak menjamah makanan. Ada ketikanya sehari suntuk. Lebih memburukkan keadaan, ibu menjadi amat selektif dalam pemilihan makanan. Buah-buahan dan sayuran tertentu sahaja akan dijamah ibu. Itu pun dalam jumlah yang minima. Keadaan itu juga membuatkan ibu tidak membuang air besar. Pernah ibu tidak membuang air besar selama 10 hari!. Sedikit masa dahulu, kuberjaya memujuk ibu ke hospital swasta. Setelah pemeriksaan teliti dilakukan, tiada sebarang penyakit serius. Cuma menurut doktor ibu mengalami penyakit 'angin medu'.



Dua minggu yang lalu, aku nekad mengambil keputusan untuk pulang, biarpun beban kerja di pejabat mencurah-curah. Aku habiskan masa di kampung di sisi ibu tercinta. Mata ibu kian cengkung. Tubuh ibu kian kurus. Nafas ibu lemah. Suara ibu amat perlahan. Mata ibu terbuka sedikit bila tanganku menyentuh dahinya yang kepanasan. Sebak dadaku. Terasa panas kelopak mataku. Namun kutahan air mata ini dari jatuh berderai. Kubasahkan wajah ibuku dengan air yang dicampur ramasan bunga raya dan daun lidah buaya. Dengan harapan agar suhu badan ibu turun. Kusuapkan makanan dan minuman untuk ibu. Kupimpin ibu ke bilik air untuk mengambil wuduk. Kubentangkan sejadah untuk ibu menghadap Ilahi dalam penuh kelesuan. Sementara itu, aku menunggu di belakang sambil merenung tubuh ibu yang lemah. Dan air mataku mula menitis. Usai solat, kulipatkan sejadah ibu. Kutanggalkan telekung ibu langsung memimpinnya ke katil lalu diselimutkan. Kumenanti seketika. Bila ibu lena kutinggalkannya. Dan untuk waktu-waktu solat seterusnya, itulah rutinku.

Sesungguhnya kasihku pada ibu tidak dapat dihitung. Ibu telah banyak berkorban untuk membesarkanku. Terlalu banyak dugaan yang menimpa keluarga ku. Namun, ibu tetap tabah membesarkanku adik beradik. Sudah terlalu banyak ibu mengharungi onak dan duri berseorangan untuk menjaga kami. Ibu tidak pernah merungut. Senyuman dan kelembutan senantiasa terpamer pada raut wajahnya setiap kali memandang kami. Amat menenangkan.


Hujung minggu ini, aku akan pulang ke kampung. Menziarahi ibu. Keadaan ibu semakin baik. Ibu sudah bisa ketawa riang di corong telefon setiap kali aku menelefonnya, walaupun masih agak lemah. Demam ibu sudah kebah, namun penyakit 'angin medu' ibu masih belum pulih. Aku berdoa moga ibu akan sembuh untuk mengecapi saat-saat kebahagiaan dan kesenangan hidup kami sekeluarga. Ibu sudah banyak bersusah payah menjaga kami. Kini sudah tiba masanya untuk ibu merasai kesenangan dan kegembiraan.

Ya Allah, suatu hari nanti ibu akan meninggalkanku. Atau mungkin aku yang terlebih dahulu meninggalkannya. Namun, daku memohon padaMU agar dikurniakan kesihatan kepada ibuku agar ibu dapat menjejakkan kaki ke Mekah menunaikan haji. Seandainya, sudah tiba waktunya untuk kami berpisah, pisahkanlah kami diruangan Masjidil Haram bersaksikan KaabahMu yang indah. Itulah cita-cita ibu. Dan itu jua impianku.

Read more...

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP